Monday, July 11, 2011

Firaun gelaran raja Mesir kuno


FIRAUN adalah gelaran atau sebutan bagi raja Mesir kuno. Istilah itu dikatakan berasal daripada bahasa Ibrani (Per-O) yang bererti rumah besar atau istana besar. Istilah Inggerisnya adalah Pharaoh.

Gelaran itu diterapkan secara turun-temurun kepada raja Mesir kuno kerana mereka dianggap sebagai titisan dewa Mesir, seperti Horus, Buto, Osiris, dan lain-lain.

Dalam zaman moden ini, istilah firaun masih sering digunakan sebagai lambing pemerintahan kuku besi, zalim, penindas rakyat, orang musyrik atau yang menyekutukan Tuhan dan sebagainya.

Istilah itu juga antara lain menjadi simbol keangkuhan, kejahatan, dan keserakahan.

Titisan osiris

Ramses II menganggap dirinya tuhan, iaitu penjelmaan Dewa Osiris. Seluruh penduduk Mesir diwajibkan memuja dan menyembahnya.

Lebih tragis dan zalim lagi, Ramses II juga pernah memerintah para pegawai istananya membunuh anak lelaki Bani Israel yang lahir.

Perintah pembunuhan itu konon dilakukannya setelah ia bermimpi melihat seorang laki-laki datang dari Baitulmuqaddis, tanah asal Bani Israel, membawa api dan membakar istananya.

Berdasarkan penafsiran atas mimpinya itulah ia akhirnya menjalankan perintah pembunuhan terhadap seluruh anak laki-laki Bani Israel yang lahir.

Dibandingkan dengan kisah lain tentang umat terdahulu, kisah Firaun (Ramses II) merupakan yang paling banyak disebut dalam al- Quran.

Tidak kurang daripada 26 surah al-Quran menyebut nama Firaun dan penyebaran itu lebih banyak dikaitkan dengan Nabi Musa a.s.

Ramses II

Firaun yang hidup sezaman dengan Nabi Musa a.s adalah Ramses II (1304-1237 SM), raja baru yang menggantikan Kerajaan Hykos (1700-1550 SM).

Ramses II adalah pemerintah zalim, kejam dan bengis terhadap rakyat. Pada zaman Kerajaan Hykos, Bani Israel hidup tenteram selama kira-kira 150 tahun.

Namun sejak Ramses II berkuasa, mereka hidup sengsara dan menderita. Mereka diperhamba dan dijadikan buruh kasar. Nabi Musa lahir dan dipanggil serta diutus oleh Allah SWT untuk membebaskan Bani Israel daripada diperhambakan di Mesir.

Merneptah

Nabi Musa a.s lahir dalam situasi perhambaan Bani Israel di Mesir. Ibunya menghanyutkannya di Sungai Nil, kerana takut puteranya dibunuh Firaun. Isteri Ramses II sendiri menemukan bayi lelaki bernama Musa lalu membesarkannya.

Setelah menjadi nabi, Allah SWT mengutusnya untuk menyampaikan ajaran tauhid dan mengembalikan Bani Israel ke Palestin. Firaun Ramses II murka dan tidak mahu mengimani ajaran Nabi Musa. Bahkan ia mengancam Nabi Musa.

Akhirnya, Nabi Musa melarikan diri ke Madyan. Ketika Nabi Musa kembali ke Mesir, Ramses II sudah meninggal dunia dan digantikan oleh puteranya, Merneptah.

Bagaimanapun, kerana angkuh, Merneptah dan pasukannya tenggelam di Laut Merah ketika mengejar Bani Israel yang menuju ke Palestin.

Mumia

Selain diabadikan dalam bentuk patung raksasa, mayat para Firaun Mesir biasanya diawet dan dijadikan mumia. Misalnya Ramses II yang memerintah pada zaman Nabi Musa a.s ( sekitar 3000 tahun silam) hingga kini masih utuh dan di simpan di Muzium Mesir.

No comments:

Post a Comment