Friday, April 8, 2011

Siapakah Syaitan Iblis Jin dan Jembalang ?


Apa yang perlu disedari bahawa pengkelasan berkenaan maksud dan dituju pada hati seorang hamba kepada amal ibadat memang terbukti nyata ada jika diperhatikan diperhalusi segala tindak-tanduk feel kelakuan kebanyakan manusia.

Satu golongan daripada mereka ialah yang terdiri daripada alim ulama atau seseorang yang merasai mempunyai sedikit kelebihan ilmu, sama ada ilmu dunia atau ilmu akhirat. 
Ahli-ahli ilmu ini dengan pelbagai kelebihan diri mereka telah memperbuat pelbagai kebajikan kononnya untuk saudara-saudara sebangsa atau saudara seagama.
Meraka menganjurkan amar dan pelbagai kebaikan, menyeru manusia kononnya kembali kepada Al-Qur’an dan Al-Hadis, taat dan patuh kepada perintah agama, tetapi dalam hati kecil mereka mengendung bersama harapan dan keinginan


* agar mereka termasyhur sebagai penganjur kebenaran,
* terkenal dengan ketinggian dan kebenaran ilmu mereka,
* suka untuk didekati dan dikenali serta dihormati oleh manusia ramai.

Mereka akan rasa seronok dan berbesar hati jika mereka dihormati kerana kebaikan dan ketinggian mereka, dan akan merasa kecewa dan kadang-kadang melenting apabila kebaikan dan ketinggian mereka diremehkan oleh orang lain. Antara ciri-ciri mereka yang sebegini ialah;

* Suka bercakap dan banyak menghabiskan masa dengan manusia dalam memperagakan hal diri mereka;
* Suka berdebat dan berjidal dalam mempertahankan pendirian dan pegangan ilmu mereka;
* Suka merendah-rendahkan ahli-ahli ilmu yang lain, lebih-lebih lagi ilmu-ilmu yang mereka tidak kuasai atau langsung tidak tahu mengenainya.
* Cepat menjatuhkan hukum ini dan itu kerana kononnya punya alasan dan bukti-bukti yang kukuh bersumberkan zhohir ayat Al-Qur’an dan Al-Hadis.
* Senang jika ilmunya diakur dan akan melenting apabila datang sanggahan.
Inilah perihal ahli-ahli ilmu dan ahli-ahli kebajikan yang menggunakan kelebihan yang ada pada mereka untuk mendapat mencari habuan diri dan perhatian manusia. 
Hamba kepada dirinya dan hamba kepada manusia. Tidaklah mereka tergolong dalam golongan mereka yang berikhlas kepada Allah. Mulut kata ikhlas tetapi hati penuh dengan najis syirik dan penderhakaan.


No comments:

Post a Comment